untuk ABANG !
was posted at 7:01 AM with 2 comments
assalamualaikum

Saya dan awak adalah adik-beradik. Awak sentiasa ada di waktu saya susah dan senang. Awak sentiasa di sisi saya waktu suka dan duka. Awak selalu buat saya ketawa dan tersenyum di kala saya sepi.Awak selalu memujuk saya kalau saya menangis dan sedih.



Saya dan awak adalah adik-beradik. Awak selalu bergaduh dengan saya. Namun ibarat pepatah, air dicincang tak akan putus.Saya tidak pernah membuang awak tetapi kadang-kadang awak yang membuang saya. Dari sini awak mengajar saya erti keikhlasan dalam memberi kasih-sayang.



Saya dan awak adalah adik-beradik. Awak kena pandai menjaga hati seorang adik supaya awak tidak akan kehilangan adik yang sebenar.




Untuk awak, saya titipkan kata-kata yang saya inginkan
Kalau satu hari saya menangis…pujuklah saya supaya saya x menangis lagi.. Kalau satu hari saya ada masalah, saya nak awak jadi pendengar setia saya ,, Kalau satu hari saya nak pergi berjalan, saya nak awak temankan saya mcm awak teman sahabat awak , bukannya suruh saya beli apa yg awk inginkan ,,


Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak saya janji saya akan ada untuk awak


Tapi kalau satu hari awak perlukan saya, dan saya tak muncul- muncul mungkin kerana ALLAH lebih memerlukan saya saat itu saya pula perlukan “hadiah” PERSAUDARAAN dari awak…



Saya dan awak adalah adik-beradik. Seandainya suatu hari nanti saya tiada lagi di sisi awak….awak kena ingat bahawa, pertalian saya dan awak tidak pernah putus dan awak kena belajar erti berdikari dalam hidup kerana waktu itu awak akan tahu pentingnya seorang adik dalam hidup awak.


#rindu rase mase kecik-2 dgn abang :D